Sarung (bilah)
Sarung (bilah)

Sarung (bilah)

Sarung (Bahasa Inggeris: scabbard) ialah salut yang digunakan untuk memegang pedang, pisau atau bilah lain-lain. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menyimpan senapang oleh penunggang kuda. Askar berkuda dan koboi mengadakan sebuah sarung untuk senapang karbin gelang pelana dan senapang tuil mereka pada kuda mereka sebagai tempat simpanan dan untuk pertahanan. Sepanjang alaf ini, sarung telah diperbuat daripada pelbagai bahan termasuklah kulit, kayu dan logam-logam seperti loyang dan keluli.Biasanya, sarung digantungkan pada tali pinggang atau tali pinggang bahu yang dipanggil sawat.